|
Kewajipan Haji Dan Umrah
Ibadat haji dan umrah adalah menjadi Rukun Islam yang kelima, wajib dikerjakan oleh umat islam yang berkemampuan dari segi perbelanjaan dan kesihatan untuk sampai ke Baitullah, di tanah suci Mekkah, sekali dalam seumur hidup.
Perintah Wajib mengerjakan Haji termaktub da dalam Al-Quran sebagaiman Firman Allah :
Yang bermaksud :- Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji Dan Umrah dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.(Surah A-li Imran, ayat 97)
FirmanAllah: Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah. (Surah Al-Baqarah ayat 196)
Umrah Dan Haji
Hadis Rasulullah s.a.w.,:
Yang bermaksud :- Mengerjakan "Umrah kepada satu Umrah yang lain adalah menghapuskan dosa yang berlaku di antara tempoh keduanya dan haji yang mabrur tidak lain balasannya melainkan syurga". (hadis riwayat Bukhari dab Muslim dari Abu Hurairah)
RUKUN UMRAH
- Niat
- Tawaf
- Sa'ie
- Bercukur atau Bergunting
- Tertib
WAJIB UMRAH
- 1. Niat Ihram di Miqat
- 2. Meninggalkan perkara-perkara larangan semasa Ihram
Sunat Umrah
- Mandi sunat ihram dan sembahyang sunat.
- Sembahyang sunat tawaf.
- mengucup Hajar Aswad.
- Bertalbiah.
IBADAH UMRAH
1.NIAT (RUKUN)
Sebelum berniat ihram umrah di miqat, digalakkan supaya menyempurnakan amalan-amalan sunat berihram.
Mandi sunat Ihram
Lafaz niatnya:-
" Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah Taala"
Sembayang Sunat Ihram
Lafaz niatnya:-
"sahaja aku sembahyang sunat ihram dua rakaat kerana taala"
Selepas membaca suruh Fatiha di rakaat pertam bacalah surah Al-Kafirun dan di rakaat kedua surah Al-Lklas.
|