Main Menu
 
|  Pakej Umrah Gulf Air  |  Pakej Umrah Malaysia Airlines  |  pakej umrah saudi airlines  |

Mengerjakan Umrah Bersama

YHA Travel & Tours (M) Sdn. Bhd.

 

Jika anda bercadang untuk mengerjakan umrah,YHA Travel & Tours boleh membawa anda dan rombongan dengan selamat dan selesa. Yha Travel ialah Agensi perjalanan dan pengembaraan yang telah di iktifarkan oleh kementerian Pelancongan kementerian Haji di Arab Saudi.

Mengapa Pilih YHA Travel & Tours 

Yha Travel menawarkan fleksibiliti yang membolehkan anda memilih pakej dan lawatan paling sesuai dengan keperluan anda. Justeru, anda bukan sahaja boleh memilih jenis dan taraf penginapan serta tempat menarik yang ingin diziarahi.

Nilai Terbaik Pada Harga Berpatutan.                                       

Kami mempunyai hubungan yang baik dengan rangkaian ejen-ejen pelancongan, pengendalian perkhidmatan darat dan Pengurusan Hotel. Dengan itu, kami dapat berkongsi penjimatan kos dengan anda sebagai yang dapat anda lihat  daripada harga pakej kami yang berpatutan.

Penginapan Yang Selesa                                                          

Semua Hotel yang disenaraikan ini telah di pilih dengan teliti berasaskan mutu perkhidmatan, lokasi yang strategik, keselesaan, kebersihan dan kemudahan yang disediakan.

Keselamatan 

Kami berusaha melakukan segala-galanya untuk memastikan perjalanan yang paling selamat dan selesa untuk anda. Jadi jika anda berhasrat untuk mengerjakan umrah, pihak  YHA Travel & Tours  sedia untuk mengaturkan perjalanan anda.  

Harga Pakej termasuk :

Urusan daftar masuk di KLIA dan bagasi.

  • Sambut dan Bantu di Lapangan Terbang Jeddah.
  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi KUL/JED/KUL.
  • Penginapan di Madinah &  malam di Makkah.
  • Pengangkutan dengan bas berhawa dingin.
  • Ziarah di Madinah dan Makkah seperti di dalam aturcara.
  • Lawatan ke Hudaibiyah, Ladang susu unta, Muzium Islam, Kiswah (Kilang Kelambu Kaabah).(Tertakluk kepada kelulusan kerajaan Arab Saudi)
  • Lawatan di sekitar Bandar Jeddah sebelum ke Lapangan Terbang Jeddah.
  • Khidmat muassasah yang berdaftar iaitu Al Khazindar Est. For Umrah Services dan mutawwif yang fasih berbahasa melayu.
  • Urusan visa umrah -secara online.
  • Skim perlindungan insuran Takaful Malaysia. (tidak melebihi 75tahun).  
  • Saguhati seperti Kain Ihram, Kain Telekung, Beg galas, Beg sandang, Buku panduan umrah, Kursus umrah dan Air Zam-Zam 10 liter seorang.

MAKLUMAT TEMPAHAN

Tempahan dan bayaran pendahuluan

  • Mengisi borang permohonan umrah bersama wang pendahuluan sebanyak RM500.00 Seorang  dan kepilkan bersama salinan passport antarabangsa.

Bayaran penuh

  • Bayaran sepenuhnya hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 21 hari sebelum tarikh berlepas.

Harga pakej tidak termasuk

  • Penggunaan telefon dan dobi.
  • Makan dan minum selain daripada yang disediakan.
  • Lawatan yang tidak termasuk di dalam aturcara.
  • Pengangkutan ke Tanaeim untuk miqat umrah pada hari acara bebas.
  • Perbelanjaan-perbelanjaan persendirian yang lain.

Lawatan Pilihan Berkumpulan:

  • Lawatan sehari ke Tanah Tinggi Taif RM 150.00 seorang termasuk visa, makan tengahari dan pengangkutan. (tertakluk kepada kelulusan)
  • Lawatan sehari ke Jeddah RM 80.00 seorang termasuk makan tengahari dan pengangkutan.

  Lebihan Bagasi

  • Setiap penumpang dibenarkan membawa bagasi tidak melebihi 20kg. Jika melebihi, bayaran akan dikenakan menurut kadar yang ditetapkan oleh pihak penerbangan.

Bayaran balik

  • Bayaran balik tidak diberikan jika sebarang perjalanan, makanan atau perkhidmatan lain yang disediakan tidak digunakan.
  • Tiada bayaran balik bagi pembatalan di saat-saat akhir.
  • Jika terdapat sebarang pembatalan, bayaran pendahuluan tidak akan dikembalikan.

Nota

  • Para jemaah tidak dibenarkan membuat sebarang pertukaran tempat penginapan, aturcara dan lain-lain sebagaimana yang telah ditetapkan semasa berada di Arab Saudi.
  • Harga dan aturcara tertakluk kepada pindaan tanpa notis.

Syarat Pendaftaran

  • Pasport antarabangsa yang sah laku tidak kurang enam bulan dari tarikh tamat dan minima 4 mukasurat kosong.
  • Salinan kad pengenalan
  • 3 keping gambar bersaiz 5x6cm dan berlatar belakang berwarna putih, muka zoom 70% - 80%. Wajah gambar mestilah jarak telinga ke telinga 3cm, atas kepala ke dagu 4cm, tidak bersongkok/kopiah untuk lelaki.
  • Buku suntikan meningococcal ACYW-135.
  • Salinan surat nikah diperlukan untuk pasangan suami isteri yang pergi bersama mengerjakan umrah  dan salinan surat beranak bagi yang membawa kanak-kanak.
  • Surat kebenaran suami bagi jemaah perempuan yang suaminya tidak turut serta mengerjakan umrah.

MAKLUMAT PENTING

Pegurus Operasi di Makkah

Ustaz Salman Ahmad Nasution

Rumah: 966-2-546 0737

H/P N 966-5-350 1328

MAKLUMAT MUASSASAH

Al Khazindar Est. For Umrah Services

P.O Box 10292 Jeddah 21433,

Kingdom of Saudi Arabia

Tel: 00966-2-668 3794 / 668 3801

Fax: 00966-2-668 3811

Pengurus Pemasaran : Mr Mohiudden Kaja

MAKLUMAT AM

Lain lain barang keperluan peribadi :

Ubat-Ubatan                                                                                  

Bawa sedikit sahaja dan yang sering digunakan / serasi. Walau bagaimanapun anda boleh mendapat bermacam-macam ubatan di Arab Saudi.

Perhatian: Walaupun kami menyediakan kerusi roda untuk keperluan jemaah, ianya terhad. Kami sarankan agar para jemaah membawa kerusi roda sendiri dari Malaysia.

Kacamata/Lensa

Bawa Kacamata / Lensa gantian  sebagai langkah berjaga jaga sekiranya terjadi sesuatu kepada kacamata / lensa anda. Kacamata gelap / hitam amat diperlukan.

Kewangan                                                                                                                 

Kami sarankan agar anda menukar sedikit wang Arab Saudi (Riyal) disini, ini untuk anda gunakan sewaktu tiba nanti. Tidak perlu bersusah payah menukar di airport.

Kamera/Alat Video         

Peraturan di Arab Saudi, melarang anda membawa alat-alat ini. Pihak berkuasa Arab Saudi tidak membenarkan anda mengambil gambar disekitar kawasan Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Lapangan Terbang dan beberapa tempat tertentu.

Perhatian : Telefon bimbit yang berkamera tidak boleh dibawa masuk ke dalam Masjid dan sekitarnya. 

Badge/Lencana     

Pihak YHA akan menyediakan Tag Nama dan Tag Beg. Tag nama harus sentiasa di pakai oleh jemaah kerana ia adalah sebagai pengganti passport anda yang disimpan oleh muassasah atau hotel.

 Terima kasih kerana berurusan dengan

 

Syarikat YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd.

Pihak Kami Mendoakan Semoga Anda  Mendapat Umrah Yang Mabrur.

Copyright 2008 YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd




Powered By C-Flex