|
PANDUAN BAGASI BIMBIT


Bagasi yang boleh dibawa masuk ke dalam kabin pesawat,dan sesuai untuk ruang penyimpan di atas atau di bawah tempat duduk di hadapan anda.Ukuran dimensi bagasi mestilah tidak melebihi jumlah ukuran seperti yang digambarkan disebelah dan beratnya tidak melebihi 5kg.Seorang penumpang dewasa atau kanak-kanak hanya dibenarkan hanya Satu (1) beg bimbit seperti berikut:-

Selain daripada bagasi tersebut di atas, barangan peribadi berikut di benarkan dibawa ke dalam kabin pesawat:-


Semua syarikat penerbangan mesti mematuhi garis panduan keselamatan bagasi sebagaimana disyorkan oleh Persatuan Pengankutan Udara Antarabangsa (IATA) dan syarikat penerbangan yang menjadi ahli. Adalah menjadi tanggungjawab semua syarikat penerbangan memberitahu penumpang betapa penting garis panduan tersebut di patuhi.
Hasilnya anda lebih selesa kerana:
-
Ruang akan mencukupi untuk memuatkan bagasi bimbit semua penumpang.
-
Pegerakan keluar masuk di tempatduduk lebih mudah.
-
Ukuran naik turun penumpang lebih lancar dan kelewatan dapat dielakkan.
-
Layanan lebih sempurna dari anak kapal apabila laluan bebas dari ganguan.
-
Pemindahan penumpang diantara penerbangan lebih cepat.
-
Urusan sewaktu kecemasan lebih lancar.
Peraturan yang disarankan oleh IATA ini telah berkuatkuasa di semua lapangan terbang seluruh negara.

Sebelum ke balai berlepas, pastikan bagasi bimbit anda tidak melebihi bilangan, had berat serta jumlah ukuran menepati garis panduan yang telah ditetapkan. Untuk memastikan bagasi bimbit anda menepati spesifikasi yang ditetapkan, sila gunakan alat sukatan bagasi yang terdapat dikawasan daftar masuk dan ruang pintu balai berlepas yang disediakan oleh pihak berkuasa lapangan terbang.
|