|
Madinah al-Munawarah.

Galakan untuk berziarah
Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
Yang bermaksud:- Jangan kamu memberatkan-beratkan perjalanan kecuali kepada tiga Masjid ; Masjid Haram,Masjidku ini Dan Masjid Aqsa.
(diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim Dan Abu Daud) Satu perkara yang sangat di galakan (tetapim tidak diwajibkan)dan di masukan kedalam peraturan kerajaan Arab Saudi bagi jemaah ialah berkunjung ke Madinah untuk melakuan ziarah ke masjid Nabawi, ke makam Rasulullah s.a.w dan makam para sahabat baginda s.a.w serta tempat-tempat bersejarah yang lain. Ziarah ini boleh dilakukan selepas menunaikan ?umrah ataupun sebelumnya. Adalah lebih baik untuk menziarahi makam Rasulullah s.a.w. di luar waktu sembahyang ketika masjid kosong dari orang-orang yang bersolat supaya terasa kehebatan dan kebesaran Makam Rasulullah ini.
Ziarah ke Masjid Nabawi
Apabila anda telah berada di tempat penginapan, pergilah mandi terlebih dulu kemudian berpakaian yang secantik-cantinya, memakai minyak wangi, lepas itu pergilah ke Masjid Nabawi untuk menziarahi Rasulullah s.a.w.
Adab menziarahi Nabi s.a.w.
Perbanyakkanlah selawat ke atas Rasulullah s.a.w . sejurus sahaja keluar dari tempat penginapan dan menuju ke masjid Nabawi. Masuklah ke dalam masjid dengan melangkah kaki kanan sambil membaca:
Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah. Ya Allah masukkanlah aku secara yang benar dan berikanlah padaku dari sisi mu kekuasaan yang menolong.Wahai Allah , rahmatilah penghulu kami Muhammad dan ahli keluarganya. Ampunilah dosaku, bukakanlah pintu-pintu rahmat mu untukku dan masukkan aku ke rahmatmu itu, wahai tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan mereka yang mengasihani.
Solat sunat Tahiyyatul Masjid
Kemudian tujuilah ke Raudhah, untuk mendirikan solat sunat Tahiyyatul Masjid dua rakaat dalam mihrab di sampingminbar nabi, jika di tempat itu penuh-sesak, solat sajalah di tempat yang berhampiran dengannya.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
Yang bermaksud:-
Jangan kamu memberatkan-beratkan perjalanan kecuali kepada tiga Masjid ; Masjid Haram,Masjidku ini Dan Masjid Aqsa.
(diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim Dan Abu Daud)
Satu perkara yang sangat di galakan (tetapim tidak diwajibkan)dan di masukan kedalam peraturan kerajaan Arab Saudi bagi jemaah ialah berkunjung ke Madinah untuk melakuan ziarah ke masjid Nabawi, ke makam Rasulullah s.a.w dan makam para sahabat baginda s.a.w serta tempat-tempat bersejarah yang lain. Ziarah ini boleh dilakukan selepas menunaikan ?umrah ataupun sebelumnya. Adalah lebih baik untuk menziarahi makam Rasulullah s.a.w. di luar waktu sembahyang ketika masjid kosong dari orang-orang yang bersolat supaya terasa kehebatan dan kebesaran Makam Rasulullah ini.
Ziarah ke Masjid Nabawi
Apabila anda telah berada di tempat penginapan, pergilah mandi terlebih dulu kemudian berpakaian yang secantik-cantinya, memakai minyak wangi, lepas itu pergilah ke Masjid Nabawi untuk menziarahi Rasulullah s.a.w.
Adab menziarahi Nabi s.a.w.
Perbanyakkanlah selawat ke atas Rasulullah s.a.w . sejurus sahaja keluar dari tempat penginapan dan menuju ke masjid Nabawi. Masuklah ke dalam masjid dengan melangkah kaki kanan sambil membaca:
Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah. Ya Allah masukkanlah aku secara yang benar dan berikanlah padaku dari sisi mu kekuasaan yang menolong.Wahai Allah , rahmatilah penghulu kami Muhammad dan ahli keluarganya. Ampunilah dosaku, bukakanlah pintu-pintu rahmat mu untukku dan masukkan aku ke rahmatmu itu, wahai tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan mereka yang mengasihani.
Solat sunat Tahiyyatul Masjid
Kemudian tujuilah ke Raudhah, untuk mendirikan solat sunat Tahiyyatul Masjid dua rakaat dalam mihrab di sampingminbar nabi, jika di tempat itu penuh-sesak, solat sajalah di tempat yang berhampiran dengannya.
Bersolat 40 waktu berjemaah di masjid Nabawi
Solat selama berada di madinah untuk mendapat 40 waktu berjemaah di masjid Nabawi .untuk tujuan ini anda perlu berada di madinah sekurang-kurang 8 hari.
Sabda rasulullah s.a.w
Yang bermaksudnya:-
Siapa yang bersolat di masjid 40 kali solat, tanpa sekalipun ketingalan, ia akan mendapat kebabasan dari Neraka, pembebasan dari seksaannya dan kebebasan dari sifat nifaq (munafiq)
(Riwayat Imam Ahmad dan Tabrani)
Amalan-amalan lain semasa berada di madinah
Selama berada di Madinah sangat elok dikerjakan perkara-perkaraini:-
- Selalu-selalu dating berziarah Rasul dan memberi salam kepadanya.
- Mengerjakan solat berjemaah di masjid Nabawi.
- Banyank mengerjakan ibadat selepas tengah malam.
- Cuba khatamkan mengaji Al-Quran di dalam masjid Nabawi.
- Lakukanlah I?tikaf dalam masjid dengan kerap.
- Jika berpeluang tunaikan solat di raudhah.
- Janganlah bercakap mengenai hal ehwal dunia di dalamMasjid.
- Sentiasa hadir dalam Masjid, berziarah dan membuat ibadat seberapa banyak yang mungkin.
Menziarahi perkuburan
Elok juga semasa berada di madinah, menziarahikubur-kubur yang berikut
Ziarah ke Jannatul Baqi'
Jannatul Baqi' terletak kea rah timur madinah, terletak di pinggir Bandar. Ianya merupakan kawasan perkuburan ahli-ahli Madinah sejak zaman Rasulullah s.a.w. sehingga sekarang. Kebanyakan dari isteri-isteri nabi (ummahatul mukminin) dan puteri-puteri Rasulullah s.a.w. disemadikan disini. Begitu, juga sebahagian besar sahabat-sahabat r.anhum juga dikebumikan di sini. Namun begitu, pada masa ini perkuburan Baqi tidat boleh di masuki lagi kerana telah dipagar.
Lain-lain tempat bersejarah
Sekiranya mahu menziarahi lain-lain tempat dan mempunyai peluang berbuat demikian, eloklah menziarahi masjid-masjid yang berikut ini. Hendaklah solat sunat tahiyatul masjid berzikir, berdoa dan lain-lain amal ibadat.
- Masjid Quba
Masjid ini terletak lebih kurang 4.8km dari Masjid Nabawi. Ia adalah masjid pertama yang di bina oleh Rasulullah s.a.w bersama sahabat-sahabatnya atas dasar takwa. Ia dikenali pula sebagai masjid keempat termasyhur selepas Masjidi Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Aqsa.
- Masjid Qiblataini
Masjid ini mempunyai mihrab yang luar biasa. Satu dari mihrabnya menghadap ke Ka'bah sementara satu lagi menghadap ke Masjid Aqsa. Terdapat riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. sedang bersolat dua rakaat didalam masjid ini, apabila wahyu diturunkan yang memberitahu bagunda s.a.w. mengenai penukaran kiblat dari Baitul Maqdis ke Ka?bah.
Wada? dengan Rasulullah s.a.w.
Apabila tiba hari dan waktu untuk meninggalkan madinah yang menandakan perpisahan dengan Rasulullah s.a.w., kunjungilah masjidnya dan ziarahilah makamnya untuk kali terakhir untuk mengucapkan selamat tinggal kepada baginda s.a.w.

|