Main Menu
 
 

ATURCARA PAKEJ UMRAH

14 HARI 12 MALAM

HARI 01         KUALA LUMPUR / JEDDAH / MADINAH

Semua jemaah diminta berkumpul di KLIA  jam 12:00 tengahari di Paras 5, Kaunter C15-17 iaitu 3 jam sebelum masa berlepas. Jemaah diminta melaporkan diri dengan kakitangan YHA yang bertugas dan menyerahkan beg untuk urusan Check in. Sementara menunggu urusan check in selesai jemaah bolehlah membuat urusan sendiri. Passport dan boarding pass akan diserahkan  kepada jemaah setelah semua urusan check in selesai. Taklimat ringkas akan diberikan. Jemaah  akan dibawa memasuki kawasan imigresen dan seterusnya bertolak ke Jeddah jam 3.15 petang dengan penerbangan MALAYSIA AIRLINES.

Tiba di Jeddah jam 6:45 petang dan urusan imigresen akan mengambil masa 2-3 jam. Selesai urusan imigresen jemaah diminta mengambil beg masing-masing untuk pemeriksaan kastam dan seterusnya akan  di sambut oleh wakil YHA bagi meneruskan perjalanan ke Madinah dengan menaiki bas berhawa dingin. Jemaah akan singgah di Masjid untuk berehat, makan malam dan solat. (MM)

HARI 02         MADINAH

Tiba di Madinah, jemaah akan dibawa ke tempat penginapan untuk check in hotel. Jemaah diminta mengambil bag masing-masing dan membuat persediaan untuk solat subuh di Masjid Nabawi.

Selepas solat subuh dan sarapan pagi, jemaah diminta berkumpul dilobi hotel. Jemaah akan dibawa menziarahi Makam Rasulullah S.A.W dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi'. Masa seterusnya bebas untuk mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadah di Masjid Nabawi. (SP/MT/MM)

HARI 03         MADINAH

Solat Subuh di Masjid Nabawi. Selepas solat subuh dan sarapan pagi, jemaah diminta berkumpul dilobi hotel. Seterusnya jemaah akan dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di sekitar Kota Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Makam Syuhada Uhud dan diakhiri di Pasar kurma. Kembali ke tempat penginapan untuk persediaan. Aturcara seterusnya jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah di Masjid. (SP/MT/MM)

HARI 04         MADINAH / MAKKAH

Solat subuh di Masjid Nabawi.Membuat persediaan untuk berihram seperti mandi sunat dan lain- lain lagi. Selepas solat zohor dan makan tengahari, jemaah diminta menurunkan segala beg dan barang-barang untuk urusan check out hotel. Jemaah dinasihatkan untuk menyempurnakan ziarah wida? di Makam Rasulullah S.A.W dengan berpakaian ihram. Seterusnya jemaah diminta berkumpul di Lobi hotel untuk dibawa ke Makkah dengan menaiki bas berhawa dingin. Bas akan singgah di BIR ALI untuk miqat dan solat sunat  ihram.  Tiba di Makkah, jemaah akan dibawa ke tempat penginapan untuk check in. Jemaah diminta menyimpan beg masing-masing dan makan malam. Seterusnya jemaah diminta berkumpul di Lobi Hotel untuk dibawa menyempurnakan ibadah umrah dengan bantuan ustaz dan mutawwif yang berpengalaman. (SP/MT/MM)

HARI 05         MAKKAH 

Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah di masjid atau mengerjakan umrah. (SP/MT/MM

HARI 06         MAKKAH /JA'RANNAH

Selepas Solat subuh dan sarapan pagi, jemaah diminta berkumpul dilobi hotel. Seterusnya jemaah akan dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di sekitar Kota Makkah iaitu Persekitaran Jabal Thur, Jabal Nur, Arafah (Jabal Rahmah), Mina dan Ja'ranah. Kepada jemaah yang ingin menunaikan umrah untuk kali seterusnya adalah dinasihatkan supaya berihram di Ja?ranah. Jemaah akan dibawa ke Ja'ranah untuk miqat dan seterusnya kembali ke Makkah untuk menyempurnakan ibadah umrah bagi jemaah yang telah berniat umrah. Masa seterusnya adalah bebas untuk urusan peribadi dengan memperbanyakkan ibadah di masjid.  (SP/MT/MM)

"Sebuah hadis bermaksud' bahawa barang siapa bermiqat di ja'ranah dan kemudian  terus ke Makkah mengerjakan umrah akan digandakan oleh Allah S.W.T, ibadah umrahnya itu sebanyak tujuh kali ganda'.

HARI 07         MAKKAH

Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah umrah. (SP/MT/MM)

HARI 08         MAKKAH / HUDAIBIYAH

Selepas solat subuh dan sarapan pagi, jemaah diminta berkumpul dilobi hotel. Seterusnya jemaah akan dibawa ke Hudaibiyah. Kepada jemaah yang ingin mengerjakan umrah bagi kali seterusnya dinasihatkan supaya membuat persiapan untuk berihram dan miqat di Hudaibiyah. Selepas solat sunat ihram dan miqat di masjid Hudaibiyah, jemaah akan dibawa melawat Ladang Susu Unta, Muzium Islam dan Kiswah (Kilang Tenunan Kelambu Kaabah) tertakluk kepada kelulusan daripada pihak Muzium dan Kiswah. Seterusnya jemaah dibawa ke tempat penginapan dan mengerjakan ibadah umrah bagi jemaah yang telah berniat mengerjakan umrah. Masa seterusnya, jemaah bebas untuk beribadat. (SP/MT/MM)

HARI 09-11   MAKKAH

Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah umrah. (SP/MT/MM)

HARI 12         MAKKAH  DAN SEKITARNYA

Solat subuh di Masjidil Haram. Selepas sarapan pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel. Aturcara seterusnya jemaah akan di bawa melawat disekitar kawasan Masjidil Haram Seperti Tapak Rumah Siti Khadijah (Isteri Nabi), Tapak Rumah Abu Lahab, Rumah Kelahiran Nabi Muhammad, Masjid Jin (tempat Nabi Muhammad berdakwah pada golongan Jin), Masjid Syajarah (pokok yang datang bertemu Nabi), Perkuburan Ma?ala (tempat Siti Khadijah di kebumikan) dan Pasar Zink untuk melihat kawasan membeli-belah. Selepas itu jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah di Masjid.  (SP/MT/MM)

HARI 13         MAKKAH / JEDDAH / KUALA LUMPUR

Selepas solat Zohor dan makan tengahari,  jemaah diminta menurunkan segala beg dan barang-barang untuk urusan check out hotel di lobi. Jemaah dinasihatkan supaya menyempurnakan tawaf wida? sebelum meninggalkan Makkah. Seterusnya jemaah akan dibawa bersiar-siar di Bandar Jeddah dan Masjid Terapung sebelum ke Lapangan terbang Jeddah. Tiba di Jeddah Airport, jemaah diminta mengambil beg masing- masing untuk urusan check in dan seterusnya berangkat ke Kuala Lumpur dengan penerbangan MALAYSIA AIRLINES. (SP/MT/MM)

HARI 14         JEDDAH/KUALA LUMPUR

Insya..Allah... Tiba di KLIA jam 10.50 Pagi.

Copyright 2008 YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd




Powered By C-Flex