Main Menu
 

Pakej 08 Hari 06 Malam

Bahrin / Istanbul & Bursa

 

Hari 01       KUALA LUMPUR / BAHRIN
                    20 MAR 2008 ( KHAMIS ) -GF 281 ETD 1140 ETA 1505
 
Berkumpul di KLIA di aras 5, Kaunter K, 3 jam sebelum masa berlepas. Passport dan boarding pass akan diserahkan setelah semua urusan check-in selesai. Berangkat ke Bahrin dengan penerbanganGF 281  jam 11.40 pagi.Tiba di Bahrin jam 3.05 petang. Seterusnya dibawa ketempat penginapan  yang disediakan oleh pihak penerbangan Gulf Air untuk berehat dan makan malam.
 
Hari 02    BAHRIN / ISTANBUL
                  21 MAR 2008 (JUMAAT) -GF 043 ETD 0950 ETA 1310
           
Selepas sarapan pagi di hotel, anda akan di bawa ke lapangan terbang Bahrin bagi meneruskan penerbangan ke Istanbul Ataturk dengan penerbangan GF 043 jam 9.50pagi. Tiba di Lapangan Terbang Istanbul jam 1.10 tengahari, seterusnya anda akan dijemput oleh wakil kami dan di bawa ke hotel untuk berehat dan makan malam di hotel. Makan tengahari di dalam kapal terbang yang disediakan oleh pihak penerbangan (SP/MT/MM)
 
Hari 03     ISTANBUL
                  22 MAR 2008 ( SABTU)
 
 Selepas sarapan pagi di hotel, anda dikehendaki berkumpul di lobi untuk acara lawatan. Anda akan di bawa ke Istana Tpokapi yang mana dahulunya tempat penginapan Sultan Ottoman. Ianya merupakan salah satu tempat yang harus dilawati dan terkenal dengan sejarahnya pada zaman dahulu. Seterusnya anda akan dibawa melawat ke Masjid Biru yang begitu popular. Ianya dibina pada tahun 1606 dan terkenal dengan ukiran seni marmar yang berwarna biru . Perjalananan akan diteruskan ke Byzantine Hippodrome, dimana pada zaman dahulunya tempat ini sangat terkenal dengan pelbagai pertandingan perarakan/kereta berhias. Seterusnya lawatan ke Masjid Suleyman yang terkenal dengan kubah dan empat menaranya yang unik dan menarik yang mendominasikan ruang angkasa Istanbul. Ianya adalah diantara Masjid yang terindah di istanbul yang dibina diantara  tahun 1550 dan 1557 oleh Kaum Sinan.Bagi mereka yang suka membeli barangan buatan Istanbul, anda akan dibawa melawat ke bazaar Utama yang mempunyai 4000 kedai didalamnya dan terdapat  lorong-lorong kecil yang menjual beraneka barangan. Setelah penat membeli-belah, anda akan dihantar balik ke hotel untuk makan malam dan berehat. Taklimat ringkas tentang acara keesokkanya akan diberitahu oleh pemandu pelancong sebelum bersurai. (SP/MT/MM)
 
 
Hari 04       ISTANBUL
                    23 MAR 2008 (AHAD )
 
 
 Selepas sarapan pagi dihotel, berkumpul di lobi sebelum meneruskan perjalanan ke Pelabuhan Eminomu untuk merasai pengalaman "cruise" dengan menaiki bot merentasi Selat Bosphorus yang terkenal dengan angin selatnya. anda akan dapat melihat kubah dan menara masjid yang diukir dengan begitu indah sekali semasa merentasi selat tersebut, seterusnya ke bukit " pine -wood" , di sini anda dapat melihat keindahan bentuk muka bumi Istanbul secara menyeluruh seperti "Dolmabahce Palace" menara Leander" dan Masjid Ortakoy. Lawatan ke Masjid Ayyub al-Ansari yang terkenal sebagai  penyokong kuat Nabi jujungan Rasulullah pada satu waktu dahulu.makan tengahari di restoran. Seterusnya anda akan dihantar balik ke hotel untuk makan malam dan bermalam.Taklimat ringkas tentang keesokkannya akan di beritahu oleh pemandu pelancong sebelum bersurai.  (SP/Mt/MM)
 
 
Hari 05         BURSA
                       24 MAR 2008 (ISNIN)
 
Selepas sarapan pagi dihotel, perjalanan akan diteruskan ke Bursa, selatan laut Marmara, bandar ini mendapat nama daripada Raja Bithynia.Sebelum ini, kota ini berada di bawah naungan Roman, tetapi kemudiannya jatuh ke tangan Byzantine sebelum diambil alih oleh kerajaan Osman Bey pada tahun 1326 yang menjadi wilayah pertama empayar ottoman. Kebanyakkan bangunan lama semasa pemerintahan Ottaman masih kekal di sini. Bursa sebelum ini dan masih lagi terkenal sehingga ke saat ini dengan perdagangan sutera dan pengeluar tuala. Seterusnya anda akan dibawa  melawat "Ulu Mosque" (Masjid utama) yang dibina mengikut ukiran Seljuk,terutamanya ukiran mimbar yang indah dan juga tulisan khaligrafi yang mengelilingi Masjid tersebut. Kemuncak lawatan ialah anda akan dibawa melawat "Uludag" dengan kereta ataupun kereta kabel (teleferik), yang mana merupakan pusat salji terbesar di Turkey. Anda akan dapat melihat keindahan kawasan sekitarnya.Pastinya sebelum dihantar ke hotel, anda akan dibawa membeli-belah di Pasar Sutera. Setelah selesai membeli-belah, anda akan dihantar ke hotel untuk makan malam dan bermalam. Taklimat ringkas tentang acara keesokkannya akan diberitahu oleh pemandu pelancong sebelum bersurai. (SP/ MT/MM) 
 
Hari 06         ISTANBUL
                       25 MAR 2008 (SELASA)
  
Selepas sarapan pagi, aturcara bebas seperti membeli-belah di gerai-gerai yang berdekatan atau Bazaar utama. Makan tengahari tidak disediakan. Seterusnya berehat dan makan malam  di hotel. (SP/MM)
 
Hari 07          ISTANBUL/BAHRIN
                       26 MAR 2008 (RABU) GF 044 ETD 1415 1900 
 
Sarapan pagi di hotel,seterusnya membuat persediaan untuk urusan "check-out" hotel jam 10.00 pagi. Seterusnya anda akan dibawa lapangan terbang Istanbul untuk penerbangan balik melalui Bahrin dengan GF 044 jam 2.15 petang. Tiba di Bahrin jam 7.00 malam.Transit di Bahrin selama 1 jam setengah sebelum meneruskan penerbangan ke Kualal Lumpur dengan GF 280 jam 8.30 malam.
 
Hari 08          BAHRIN/ KUALA LUMPUR
                        27 MAR 2008 (KHAMIS) ETA 0910
 
Tiba di Kuala Lumpur jam 9.10 pagi.       Inyaallah...
 
            

 

 Harga Pakej

 
Harga Pakej ( Seorang)           Dewasa (Bilik Berdua)

              Hotel 4*

(Hotel Prestige ) @ Setaraf

               RM  4,150.00
 
 
Harga Pakej Termasuk:-
  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi berkumpulan oleh Gulf Air
  • Cukai lapangan terbang dari  Kuala Lumpur- tertakluk kepada perubahan (RM 638.00)
  • 02 malam penginapan di Istanbul termasuk makan mengikut pakej.
  • 01 malam di Bahrin
  • Air mineral
  • Pemandu pelancong yang mahir bertutur dalam bahasa Inggeris.
  • Pengangkutanm dengan bas berhawa dingin
  • Pengangkutan pergi balik ( lapangan terbang-hotel-lapangan terbang)
  • Tiket masuk ke Muzium seperti yang tercatat dalam jadual perjalanan
  • V.A.T (% 18) caj perkhidmatan
  • Percuma bag YHA
  • Insuran oleh AXA Affin
  • Tips untuk pemandu pelancong dan pemandu bas
  • Sebut harga ini untuk tarikh perjalanan yang tersebut di atas sahaja

Pakej Tidak Termasuk:-
 
  • Perbelanjaan peribadi
  • lawatan tambahan
Jadual Penerbangan
 

TARIKH

PESAWAT

DESTINASI

ETD

ETA

20 MAR 2008

GF 281

KUL/BAH

1140

1505

21 MAR 2008

GF 043

BAH/ IST

0950

1310

26 MAR 2008

GF 044

IST/ BAH

1415

1900

26 MAR 2008

GF 280

BAH/KUL

2030

0910+1

Nota :-

* Harga tertakluk kepada perubahan semasa tanpa notis

* Harga berdasarkan cukai lapangan terbang dan bahan bakar sebanyak RM 638.00 seorang tambahan akan dikenakan jika ada penambahan dari pihak penerbangan.

* Deposit sebanyak Rm 500.0 setiap orang diperlukan bagi tambahan pakej.

 
 
 
                  
 
 
                     
 
 
 
              

                    

                     

 

Copyright 2008 YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd




Powered By C-Flex